Maxis eKelas Pndidikan Secara Digital

2 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini disediakan bagi pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan ceria melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Memberi tumpuan pada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar terdedah kepada pembelajaran pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran kelompok, pertandingan dan kandungan digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali